PERJUMPAAN KELAB UKUR BAHAN SESI JULAI 2008

Perjumpaan Kelab Ukur Bahan telah diadakan pada 27 Julai 2008 bertempat di Dewan Kuliah 4 jam 4.00 petang. Perjumpaan ini dihadiri oleh para pelajar Semester 1, 2, 4 program Sijil Ukur Bahan dan penasihat kelab iaitu En. Mohd Zahari Nordin dan En. Mohd. Ruzi Hamzah.

Agenda utama perjumpaan ini ialah untuk melantik AJK Kelab bagi sesi ini. Mereka yang terpilih untuk diamanahkan menerajui Kelab Ukur Bahan pada sesi ini adalah seperti berikut:

Pengerusi: Mohd Fairus Zakaria
Naib Pengerusi: Siti Norhasikin Hassan
Setiausaha: Norli Azrini Mohamed Ariffin
Bendahari: Nur 'Amirah Hanum Nasir

Seramai 12 orang lagi telah dipilih sebagai AJK Kelab. Perjumpaan ini ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU PROGRAM UKUR BAHAN

Program Ukur Bahan telah menerima sejumlah 98 orang pelajar baru pada 7hb. Julai, 2008 yang lalu. Pensyarah Ukur Bahan mengucapkan Selamat Datang dan Bersedia Untuk Menimba ILmu kepada mereka. Memandangkan bilangan pelajar yang agak ramai, untuk memudahkan pengurusan para pelajar telah dibahagikan kepada tiga kelas iaitu:

SUB1A - di bawah Penasihat Akademik En. Zainurin Zainul
SUB1B - ditto En. Wan Norazlan Wan Din
SUB1C - ditto En. Basri Saad

Para pelajar dinasihatkan supaya memastikan mereka telah mendaftar kursus dengan penasihat akademik masing-masing bagi mengelakkan sebarang masalah kemudian hari.

Mulai semester ini juga beberapa istilah baru akan digunakan seperti berikut:

Kursus digantikan dengan Program, contoh: Program Ukur Bahan
Modul digantikan dengan Kursus, contoh: Kursus Ukur Kerja Bangunan 3
Topic diganti dengan Modul, contoh: Modul Kerja-kerja Cerucuk

Diharapkan para pelajar dan pensyarah dapat menggunakan istilah-istilah baru ini di dalam P&P. Perubahan istilah ini dilakukan sebagai persediaan apabila MQF dilaksanakan pada tahun 2010 atau 2011 nanti.