SELAMAT BERTUGAS DI POLITEKNIK DUNGUN


1hb. Jan 2009, Program Ukur Bahan mengucapkan selamat bertugas di Politeknik Dungun kepada En. Mohd. Ruzi Hamzah. Permohonan beliau untuk kembali ke kampung halaman akhirnya dimakbulkan Allah s.w.t. Tahniah diucapkan. Sepanjang bertugas di POLIMAS beliau merupakan seorang pensyarah yang "energetic" terutamnya di dalam menggerakkan aktiviti Kelab Ukur Bahan. Pemergian beliau amat dirasai oleh semua warga Program Ukur Bahan. Kepada En. Mohd. Ruzi, jasa dan sumbanganmu sentiasa di kenang oleh kami warga Program Ukur Bahan. Wassalam.