SEKALUNG TAHNIAH

11hb. March, 2009.
Program Ukur Bahan mengucapkan sekalung tahniah kepada para pelajar Ukur Bahan yang telah menerima Anugerah Ketua Jabatan pada 10hb. March, 2009 bertempat di Darul Aman Golf Resort. Di antara penerima yang hadir ialah Mohd Aiman Mustaffa dan Zubadri Zuriak dari SUB2C. Semoga anugerah ini dapat menjadi pendorong bukan sahaja kepada penerima anugerah berkenaan tetapi kepada semua pelajar untuk terus berusaha meningkatkan pencapaian akademik masing-masing pada masa akan datang.

SELAMAT BERKHIDMAT DI PTSS, ARAU

20hb. Jan 09.
Program Ukur Bahan telah kehilangan seorang lagi pensyarah yang berdedikasi. Pensyarah yang dimaksudkan ialah Pn. Mardziah Kamaruddin yang berhijrah ke PTSS mulai 16hb. Jan yang lalu. Program Ukur Bahan mengucapkan selamat bertugas di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) kepada Pn. Mardziah.