AKTIVITI KELAB DAN PROGRAM UKUR BAHAN SESI JUL 2008



Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang semester ini adalah seperti berikut:


1. Sukaneka Kelab Ukur Bahan pada 1hb. November, 2008

2. Pembentangan Projek Akhir pada 18hb. Nov dan 20hb. Nov 2008

3. Lawatan Akademik ke Pulau Langkawi

4. Jamuan Akhir Semester bertempat di d'bendang restoran

5. Pembentangan SIP oleh En. Wan Norazlan dan Pn. Mardziah Kamaruddin














SELAMAT KEMBALI BERKHIDMAT

Program Ukur Bahan mengucapkan Selamat Kembali Berkhidmat kepada En. Mohd. Anuwar Simon dan Pn. Mardziah Kamaruddin. En. Mohd. Anuwar yang telah berkhidmat di POLIMAS sejak tahun 1989 lagi merupakan seorang pensyarah Ukur Bahan yang dipinjamkan ke Unit Pembangunan dan Penyenggaraan. Pengalaman beliau yang luas di dalam menguruskan projek-projek pembangunan di POLIMAS dijangka akan memberi banyak menafaat kepada pelajar-pelajar Ukur Bahan. Sementara itu Pn. Mardziah pula akan menamatkan program SIPnya pada 31hb. Oktober nanti. Pengalaman selama 3 bulan di firma pembinaan diharapkan akan dapat membantu beliau di dalam melaksanakan proses p&p pada semester akan datang.

PERJUMPAAN KELAB UKUR BAHAN SESI JULAI 2008

Perjumpaan Kelab Ukur Bahan telah diadakan pada 27 Julai 2008 bertempat di Dewan Kuliah 4 jam 4.00 petang. Perjumpaan ini dihadiri oleh para pelajar Semester 1, 2, 4 program Sijil Ukur Bahan dan penasihat kelab iaitu En. Mohd Zahari Nordin dan En. Mohd. Ruzi Hamzah.

Agenda utama perjumpaan ini ialah untuk melantik AJK Kelab bagi sesi ini. Mereka yang terpilih untuk diamanahkan menerajui Kelab Ukur Bahan pada sesi ini adalah seperti berikut:

Pengerusi: Mohd Fairus Zakaria
Naib Pengerusi: Siti Norhasikin Hassan
Setiausaha: Norli Azrini Mohamed Ariffin
Bendahari: Nur 'Amirah Hanum Nasir

Seramai 12 orang lagi telah dipilih sebagai AJK Kelab. Perjumpaan ini ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU PROGRAM UKUR BAHAN

Program Ukur Bahan telah menerima sejumlah 98 orang pelajar baru pada 7hb. Julai, 2008 yang lalu. Pensyarah Ukur Bahan mengucapkan Selamat Datang dan Bersedia Untuk Menimba ILmu kepada mereka. Memandangkan bilangan pelajar yang agak ramai, untuk memudahkan pengurusan para pelajar telah dibahagikan kepada tiga kelas iaitu:

SUB1A - di bawah Penasihat Akademik En. Zainurin Zainul
SUB1B - ditto En. Wan Norazlan Wan Din
SUB1C - ditto En. Basri Saad

Para pelajar dinasihatkan supaya memastikan mereka telah mendaftar kursus dengan penasihat akademik masing-masing bagi mengelakkan sebarang masalah kemudian hari.

Mulai semester ini juga beberapa istilah baru akan digunakan seperti berikut:

Kursus digantikan dengan Program, contoh: Program Ukur Bahan
Modul digantikan dengan Kursus, contoh: Kursus Ukur Kerja Bangunan 3
Topic diganti dengan Modul, contoh: Modul Kerja-kerja Cerucuk

Diharapkan para pelajar dan pensyarah dapat menggunakan istilah-istilah baru ini di dalam P&P. Perubahan istilah ini dilakukan sebagai persediaan apabila MQF dilaksanakan pada tahun 2010 atau 2011 nanti.

JAMUAN AKHIR SEMESTER SESI JAN 2008 KELAB UB




10hb. Mei 2008.
Kelab Ukur Bahan telah mengadakan Majlis Jamuan Akhir pada 10hb. Mei bertempat di Sport Living Club, country Height Health Tourisme di Bandar Darul Aman, Jitra. Antara tetamu yang hadir ialah pensyarah-pensyarah Program Ukur Bahan iaitu En. Mohd Ruzi, En. Hamdan, En. Zahari, Cik Ruhaizat, Pn. Noraini dan Pn. Norhawanis.

LAWATAN AKADEMIK SUB4B KE EMPANGAN KENYIR DAN MASJID KRISTAL




15 - 17 Mei, 2008.

Pelajar-pelajar SUB4B telah mengadakan lawatan akademik ke Empangan Janakuasa Hidro Kenyir dan Masjid Kristal di Terengganu. Lawatan ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang ciri-ciri binaan serta operasi empangan janakuasa hidro serta rekabentuk binaan masjid. Pada sebelah malamnya diadakan program motivasi diri bertujuan untuk memberi perangsang kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi

LAWATAN AKADEMIK SUB4A KE PROJEK PEMBESARAN JAMBATAN PULAU PINANG




21 Mei, 2008

Seramai 38 orang pelajar SUB4A diiringi oleh En. Mohd Zahari Nordin, En. Safirul dan Pn. Hayazi Hanafi telah mengadakan lawatan akademik ke Projek Pembesaran Jambatan Pulau Pinang. Aturcara bermula dengan sesi taklimat oleh timbalan pengurus Opus International (M) Bhd. iaitu Ir. Selvarajo E, Gaunder dan diikuti dengan lawatan tapak. Opus International merupakan kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja pembesaran jambatan tersebut. Sesungguhnya lawatan ini telah memberi banyak pengetahuan baru khususnya kepada para pelajar.

PEMBENTANGAN PROJEK SEMESTER AKHIR

18 - 22 Mei, 2008.
Pembentangan projek semester akhir SUB4A dan SUB4B telah berlangsung dari 18 Mei hingga 22 Mei. Sebanyak 14 kumpulan pelajar terlibat di dalam pembentangan ini. Semoga pembentangan projek ini dapat memberi pengalaman kepada pelajar untuk berani kehadapan di dalam mengemukakan idea dan hujah-hujah masing-masing.

SUKANEKA KELAB UKUR BAHAN




26 April.
Kelab Ukur Bahan POLIMAS telah menganjurkan aktiviti Sukaneka Kelab UB sempena Hari Politeknik. Hari Politeknik disambut pada 26 April setiap tahun. Antara acara yang diadakan ialah futsal, bola jaring dan lain-lain aktiviti kecergasan. Sukaneka ini melibatkan seramai 200 orang pelajar Ukur Bahan dari semester satu hingga semester akhir. En. Mohd Ruzi Hamzah selaku penasihat kelab amat berpuashati dengan perjalanan aktiviti sukaneka ini dan beliau berharap ia akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

PENSYARAH QS BERKURSUS

20 - 21 Mei, 2008.
Pensyarah-pensyarah QS POLIMAS telah menghadiri kursus Pengurusan dan Pentadbiran Kontrak Kerajaan bertempat di Bilik CELCOM POLIMAS. Kursus disampaikan oleh En. Edi Amin Ismail, Jurukur Bahan JKR Ibupejabat. Topik-topik yang disampaikan merangkumi semua aspek pra dan post kontrak.