PERLAKSANAAN 5S UKUR BAHAN




31hb. Mei, 2009

Program Ukur Bahan POLIMAS telah melaksanakan aktiviti 5s bertempat di Studio UB 4.1 dan Studio UB 4.2. Aktiviti dimulakan pada jam 9.00am dan berakhir jam 12.01pm. Hampir kesemua pensyarah QS telah hadir dan terlibat di dalam aktiviti ini.

SEIRI - Semua alatan yang sudah tidak diperlukan lagi oleh Program Ukur Bahan diisih seperti kertas soalan, tugasan dan lain-lain.

SEITON - Mana-mana barang atau alatan yang diperlukan disusun dengan teratur seperti buku, laporan projek, paper cutter dan almari.

SEISO - Kotoran, habuk yang terdapat pada lantai dan peralatan dibersihkan.

SEIKETSU - Taraf penjagaan kebersihan studio dipertanggungjawabkan kepada penyelia Studio iaitu En. Zainurin dan Pn. Norhawanis.

SHITSUKE - Semua pensyarah QS berjanji untuk mengamalkan 5S bukan sahaja di dalam Studio tetapi di mana sahaja mereka bertugas.

PERLAKSANAAN SEMESTER PENDEK 2009

Mulai semester ini "Semester Pendek" telah diperkenalkan oleh KPTM di semua politeknik-politeknik melalui Surat Pekeliling Pengurusan Politeknik Bil. 2/2009 bertarikh 20hb. Mei 2009. Sehubungan dengan itu Program Ukur Bahan POLIMAS menawarkan dua kursus untuk dilaksanakan iaitu;

  • C 3083 - Perkhidmatan Bangunan 2
  • C 2383 - Kajian Kos

Kursus ini akan dilaksanakan secara intensif mulai 7hb. Jun sehingga 9hb. Julai 2009. Mana-mana pelajar yang berminat boleh berhubung dengan Ketua Program Ukur Bahan sebelum 28hb. Mei 2009.

KESEDIAAN TEKNOLOGI DI KALANGAN PENGURUS-PENGURUS FIRMA PEMBINAAN DI NEGERI KEDAH, PERLIS DAN PULAU PINANG.

ABSTRAK


Kesan globalisasi dan liberalisasi di negara kita telah memberi faedah kepada sesetengah pihak tetapi menyusahkan kebanyakan pihak lain. Salah satu organisasi yang turut menerima kesan ini di negera-negara sedang membangun seperti Malaysia ialah firma-firma pembinaan. Memandangkan dari segi saiz ( 94% daripadanya adalah firma bersaiz kecil dan sederhana), didapati terlalu sukar bagi mereka bersaing di peringkat global dengan firma-firma pembinaan asing yang mempunyai lebih kesediaan teknologi berbanding dengan firma pembinaan tempatan. Walaupun dengan kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta kehadiran Internet telah mengubah cara kita bekerja di alaf baru, didapati firma-firma pembinaan tempatan terlalu lambat menggarapnya berbanding dengan pihak-pihak lain. Firma-firma pembinaan asing begitu pantas menerima dan menggunakan teknologi bagi membolehkan mereka bersaing dengan lebih berkesan.
Pengurus-pengurus firma pembinaan merupakan pihak yang boleh membuat keputusan memulakan langkah yang sangat penting samada hendak menggunakan teknologi terbaru ataupun tidak. Oleh itu kajian ini secara khususnya memberi fokus untuk mengukur tahap kesediaan teknologi mereka dan menentukan sam ada kesediaan mereka berbeza dari aspek usia, jantina, bangsa, tahap pendidikan, saiz firma, lokasi (negeri), penggunaan komputer dan internet. Borang kaji selidik telah digunakan untuk mendapatkan data daripada 96 orang pengurus firma pembinaan yang beroperasi di utara Semenanjung Malaysia.
Indeks Kesediaan Teknologi (TRI) yang merujuk kepada kecenderungan untuk menerima dan menggunakan teknologi baru untuk mencapai matlamat dalam kehidupan harian dan di tempat kerja telah diperkenalkan oleh Prof. A. Parasuraman (2000). Ia digunakan untuk mengukur tahap kesediaan pengurus-pengurus firma. Pengukuran menggunakan 4 konstruk iaitu optimis dan inovatif sebagai pendorong manakala tidak selesa dan ketidakselamatan merupakan faktor penghalang.
Dapatan menunjukkan skor TRI secara keseluruhannya (Min=3.18, Sisihan Piawai = 0.23) menjelaskan tahap kesediaan teknologi pengurus-pengurus firma pembinaan adalah sederhana. Tiada perbezaan yang signifikan dari aspek kesediaan teknologi terhadap pelbagai angkubah demografi (contohnya jantina, usia, dan lain-lain) kecuali tahap pendidikan.
Basri Saad,
Msc. Project Management, USM

JAMUAN AKHIR SUB4A & SUB4B

Jamuan akhir SUB4A dan SUB4B sesi Jan 2009 telah diadakan di restoran D'Bendang Kelubi pada 20hb. Mei, 2009. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan pelajar semester akhir yang akan menamatkan pengajian mereka di POLIMAS. Majlis ini turut di hadiri oleh beberapa orang pensyarah Ukur Bahan iaitu En. Basri Saad, En. Mohd. Zahari Nordin, Cik Ruhaizat dan Pn. Noraini. Bagi memeriahkan majlis ini, Sdra. Sandra Sunatra dari SUB4A telah mempersembahkan sebuah lagu "classic" dengan begitu bergaya sekali.

TENDER DOCUMENTS

The phrase “tender documents” refer to the enquiry documents issued by the employer to the tenderer to procure from the latter a firm offer for the scope of works as included in the documents furnished (Harbans singh, 2002). There are two distinct sets of documents being prepared, namely:


i) Tender Table Documents, and
ii) Tender Documents


Of the two, only the tender documents are actually issued to the tenderers. These give merely the essential information to the prospective tenderers as compared to the tender table documents. The tender table documents are prepared for display at a specific locality (normally at the office issuing the documents) where these may be inspected by interested tenderers. The latter constitute the complete tender documents for the project involved and usually comprise additional information such as samples of the letter of acceptance, bank guarantee for performance bond, articles of agreement, conditions of contract, etc.

TECHNOLOGY READINESS AMONG CONTRACTORS BY FIRM SIZE CATEGORIES

Dr. MASTURA Jaafar, Prof. Dr. ABDUL RASHID Abdul Aziz, Prof. T. RAMAYAH and Basri Saad.
Abstract of Proceeding of 2005 International Conference On Construction and Real Estate Management, 12-13th Dec., 2005; Penang.

The impact of globalization and liberalization in our country has been boon to some but a bane to many others. One group of organizations affected most in a developing country like Malaysia are the construction firms. Since the managers in construction firm are the ones who decide on whether to embark on this perilous journey of technological advances or not, this study specifically focusses on them to gauge their technological readiness. A questionnaire survey was used to collect data from 96 managers of construction firm operating in the northern region of Peninsular Malaysia. Technology Readiness Index (TRI) which refers to people's propensity to embrace and use technologies for accomplishing goals in home life and at work developed by Parasuraman (2000) was adopted to measure the readiness of construction firm managers. The findings showed that the overall TRI score (M=3.18, SD=0.23) indicates that the managers are moderate in terms of their technology readiness. In terms of different firm sizes, bigger firms are more optimistic compared to smaller firms but with no significant difference in the overall TRI

SMM2 ON PILING WORKS

E.4.1(a) : an item shall be given for bringing to site and removing from site all plant required for this section of work.

E.4.1.(b) : An item shall be given for maintaining on site all plant required for this section of the work.

E.5.3 : …..item shall be given for :
(a) The total number of piles stating the specified length. The size and weight of head and shoes shall be stated in the description

E.5.7 : In the case of pile extensions, item shall be given for :

(b) The total length of pile extensions given in metres classified into the following ranges of pile length:

not exceeding 3.0m
exceeding 3.0m

E.5.3 : The total driven depth given in metres

E.5.7 (a) : The total number of pile extensions

E.5.9 : The following shall be enumerated :
(a) Cutting off tops ….

E.7 : Item shall be given for test of pile stating the detail


UNIT UKUR BAHAN, JBTN. KEJ. AWAM, POLIMAS
mengucapkan
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN
MULAI 17 MEI 2009 HINGGA 28 MEI 2009
dan
SELAMAT BERCUTI
kepada
SEMUA PELAJAR PROGRAM UKUR BAHAN POLIMAS
"pastikan anda mengisi masa cuti anda dengan bijaksana"