LAWATAN AKADEMIK SUB4B KE EMPANGAN KENYIR DAN MASJID KRISTAL




15 - 17 Mei, 2008.

Pelajar-pelajar SUB4B telah mengadakan lawatan akademik ke Empangan Janakuasa Hidro Kenyir dan Masjid Kristal di Terengganu. Lawatan ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang ciri-ciri binaan serta operasi empangan janakuasa hidro serta rekabentuk binaan masjid. Pada sebelah malamnya diadakan program motivasi diri bertujuan untuk memberi perangsang kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi

LAWATAN AKADEMIK SUB4A KE PROJEK PEMBESARAN JAMBATAN PULAU PINANG




21 Mei, 2008

Seramai 38 orang pelajar SUB4A diiringi oleh En. Mohd Zahari Nordin, En. Safirul dan Pn. Hayazi Hanafi telah mengadakan lawatan akademik ke Projek Pembesaran Jambatan Pulau Pinang. Aturcara bermula dengan sesi taklimat oleh timbalan pengurus Opus International (M) Bhd. iaitu Ir. Selvarajo E, Gaunder dan diikuti dengan lawatan tapak. Opus International merupakan kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja pembesaran jambatan tersebut. Sesungguhnya lawatan ini telah memberi banyak pengetahuan baru khususnya kepada para pelajar.

PEMBENTANGAN PROJEK SEMESTER AKHIR

18 - 22 Mei, 2008.
Pembentangan projek semester akhir SUB4A dan SUB4B telah berlangsung dari 18 Mei hingga 22 Mei. Sebanyak 14 kumpulan pelajar terlibat di dalam pembentangan ini. Semoga pembentangan projek ini dapat memberi pengalaman kepada pelajar untuk berani kehadapan di dalam mengemukakan idea dan hujah-hujah masing-masing.

SUKANEKA KELAB UKUR BAHAN




26 April.
Kelab Ukur Bahan POLIMAS telah menganjurkan aktiviti Sukaneka Kelab UB sempena Hari Politeknik. Hari Politeknik disambut pada 26 April setiap tahun. Antara acara yang diadakan ialah futsal, bola jaring dan lain-lain aktiviti kecergasan. Sukaneka ini melibatkan seramai 200 orang pelajar Ukur Bahan dari semester satu hingga semester akhir. En. Mohd Ruzi Hamzah selaku penasihat kelab amat berpuashati dengan perjalanan aktiviti sukaneka ini dan beliau berharap ia akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

PENSYARAH QS BERKURSUS

20 - 21 Mei, 2008.
Pensyarah-pensyarah QS POLIMAS telah menghadiri kursus Pengurusan dan Pentadbiran Kontrak Kerajaan bertempat di Bilik CELCOM POLIMAS. Kursus disampaikan oleh En. Edi Amin Ismail, Jurukur Bahan JKR Ibupejabat. Topik-topik yang disampaikan merangkumi semua aspek pra dan post kontrak.