SELAMAT BERTUGAS DI POLITEKNIK DUNGUN


1hb. Jan 2009, Program Ukur Bahan mengucapkan selamat bertugas di Politeknik Dungun kepada En. Mohd. Ruzi Hamzah. Permohonan beliau untuk kembali ke kampung halaman akhirnya dimakbulkan Allah s.w.t. Tahniah diucapkan. Sepanjang bertugas di POLIMAS beliau merupakan seorang pensyarah yang "energetic" terutamnya di dalam menggerakkan aktiviti Kelab Ukur Bahan. Pemergian beliau amat dirasai oleh semua warga Program Ukur Bahan. Kepada En. Mohd. Ruzi, jasa dan sumbanganmu sentiasa di kenang oleh kami warga Program Ukur Bahan. Wassalam.

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum wrm wbt/Salam Sejahtera;

Saya mengambil kesempatan disini utk pohon ribuan kemaafan pada seluruh rakan-rakan sekerja dan juga semua QS student yg mengenali saya. Selama lebih dr 13 thn saya berada di POLIMAS, banyak kenangan manis yg terpahat dimemori saya dan pastinya akan saya kenang hingga ke akhir hayat.

Saya dah memulakan tugas di PSMZA, Dungun 1hb Jan lalu. Yang pasti, tempat baru takkan sama dengan tempat lama dan pastinya secara peribadi, POLIMAS is the best!!

Insyaallah, jika ada rezeki, saya akan mula menyambung pengajian PhD saya di Malaysia pd March/April tahun ini, doakan kejayaan saya.

Pada rakan-rakan, teruskan khidmat cemerlang pd anak bangsa tanpa rasa penat, insyaAllah, dengan keikhlasan, ganjaran menanti disana nanti. Pada pelajar-pelajar yang saya sayang, belajarlah dan terus belajar. Jadilah manusia berilmu, beriman dan beramallah. Jangan jadi manusia yg lupa diri. Di mana saja kita berada, ingat kita hanyalah khalifah Allah, balasan menunggu di akhirat kelak.

Jika datang ke Terengganu, jgn lupa hubungi saya di 0194448080/ruuzihamzah@yahoo.com.


Sekian, salam rindu untuk semua.
Wassalam

Mohd Ruzi Hamzah
Jabatan Kejut. Awam
PSMZA, Dungun.

Anonymous said...

Seronok ke di tempat baru tu.....dengar khabarnya men...men...menderita

Anonymous said...

nak pindah balik ke polimas ke