SEKALUNG TAHNIAH

Warga Program Ukur Bahan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan Ukur Bahan yang telah menghadiri Majlis Konvokesyen POLIMAS Ke-23 pada 25hb. April, 2009 dan 26hb. April, 2009. Di dalam majlis ini juga Sdri. Noraishah bt Abd. Razak telah terpilih menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum Jabatan Kejuruteraan Awam Sesi Julai 2008. Beliau merupakan pelajar ke-3, Program Ukur Bahan yang pernah menerima anugerah seumpamanya. Pada Majlis Konvokesyen Ke-22 yang lalu Sdra. Nur Abdillah bin Umar telah menerima anugerah berkenaan. Semoga kejayaan mereka akan menjadi perangsang kepada para pelajar Ukur Bahan yang masih menimba ilmu di POLIMAS.

No comments: