KEMALANGAN DI TAPAKBINA; SATU TRAGEDI

Kemalangan merupakan satu kejadian buruk yang tidak disengajakan dan telah menimpa seseorang yang boleh menyebabkan kematian, kecederaan dan kerosakan harta. Kemalangan amat mudah berlaku di kawasan pembinaan disebabkan terdapat banyak kerja-kerja sementara dan terdedah yang sukar dikawal. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk lagi kerana kurangnya langkah-langkah keselamatan yang diambil untuk mengelakkan ia daripada berlaku.

Terdapat banyak sebab mengapa sesuatu kemalangan boleh berlaku di kawasan pembinaan. Pada tahun 1931 falsafah Heinrich yang dikenali sebagai TEORI DOMINO HEINRICH telah digunakan sebagai rangka pemikiran terhadap keselamatan. Beliau menyatakan bahawa manusia dan bukannya benda yang menyebabkan kemalangan. Kemalangan boleh berlaku atas sebab-sebab berikut;
  • keadaan yang tidak selamat
  • prosidur yang tidak betul, dan
  • tindakan yang tidak selamat

Umumnya punca-punca kemalangan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan seperti berikut;

  • majikan,
  • pekerja,
  • keadaan tapakbina,
  • sistem pengurusan dan pentadbiran, dan
  • penggunaan bahan dan jentera.

1 comment:

Wan Norazlan Wan Din said...

Langkah keselamatan yang paling baik ialah menjaga hubungan dengan yang mencipta alam dan seisinya.Bahan yang digunakan dalam pembinaan adalah ciptaanNya, pasir,batu,besi,kayu,getah,plastik dll pasti akur denganNya sekiranya diarah untuk tidak berfungsi maka jadilah runtuhan yang seringkali dikatakan 'kemalangan'.Mereka adalah makhluk yang tidak bersuara tetapi seringkali akur dengan penciptaNya.